Saturday, 17 November 2012

RINTIHAN TUHAN

rintis-rintis air mata bukanlah dari mata kita, namun hanya rintihan tuhan untuk mendinginkan dunia yang merah .. tidakkah merka tawu akan aktifnya dunia masa kini .. dunia semakin lama semakin hitam, bukan kita yang menghitamkan tetapi aktiviti manusia yang menghitamkan .. ada yang cantik tetapi jahat ada yang buruk tetapi baik, susah untuk aku nampak mereka yang baik adalah sebaik-baiknya seperti Rasulku .. aku ingin lihat akan manusia seperti itu , kita perlu menerima hakikatnya bahawa, manusia hanya patung di muka bumi dan nyawa adalah bateri, mereka yang inginkan kuasa mendapat bantahan, mereka yang inginkan kemewahan dan kesenangan mendapat tentangan, mereka yang inginkan kebebasan mendapat hukuman, dan mereka yang inginkan keharmonian hanya perlu berdoa kepada ilahi yang maha esa .. aku berjalan membuka langkah, membuka hati dan juga membuka mata melihat akan mereka-mereka yang tidak sedar akan kiamatnya dunia ini bukan seperti jalan raya .. mereka meneruskan program mereka sendiri, di kala malam bulan mengambang .. hati aku tetap meneruskan tugasnya merintih kesedihan, mengeraskan dari menjadi ikutan serigala-serigala yang ketagihkan daging segar dan kelawar-kelawar yang inginkan darah yang masih hangat simboliknya manusia yang ketagihkan wanita2 suci untuk dijadikan tempat melepaskan hawa nafsu dan manusia-manusia yang ketagihkan air kencing syaitan ..

march 2012